Selasa, 19 Mac 2024

KOLEKSI LATIHAN BM SPM

 KERTAS 1


KERTAS 2

MORFOLOGI

1. KATA MAJMUK

MORFOLOGI: LATIHAN BM KERTAS 2 SPM KATA MAJMUK

 Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan senaraikan 5 kata majmuk.

 

Di pinggir jalan raya yang sibuk, terdapat sebuah stesen kereta api yang menjadi titik hubung yang penting bagi pengangkutan antarabangsa. Stesen kereta api ini mempunayai reka bentuk yang modern dan menarik. Selain itu, persekitaran stesen kereta api yang kondusif ini telah menjadi tumpuan sama ada para pelancong mahupun pelajar.

Di seberang stesen kerata api tersebut, terdapat sebuah kedai alat tulis yang sering dikunjungi oleh pelajar dari pelbagai peringkat umur. Mereka datang untuk membeli keperluan sekolah, terutamanya ketika sesi persekolahan bermula. Kedai tersebut menyediakan pelbagai jenis alat tulis seperti  pensil dan pen serta peralatan sains seperi tabung uji,bikar dan sebagainya.  Ramai murid memberi alat tulis untuk mata pelajaran Sains dan Reka Bentuk. Kedai ini juga menjual peralatan dan pakaian sukan. Kedai ini juga mempunyai ramai kakitangan dan mereka mesra melayan pelanggan.


JAWAPAN:

1. kereta api

2.antarabangsa

3. reka bentuk

4. alat tulis

5. tabung uji

6. kakitangan 

KOLEKSI LATIHAN UASA: BM SEKOLAH RENDAH ATAS

KOLEKSI SOALAN UASA BM SEKOLAH RENDAH TAHUN 4,5 DAN 6.


PENDAPAT

1. Cara-cara menjaga alam sekitar

RA PENDAPAT:CARA-CARA MENJAGA ALAM SEKITAR

 

Gambar di bawah ini menunjukkan cara-cara menjaga alam sekitar.

Tulis pendapat kamu tentang cara-cara menjaga alam sekitar.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.



Panjangnnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.




LATIHAN BM SEKOLAH RENDAH: PENDAPAT 

Rabu, 31 Januari 2024

SOALAN SEBENAR SPM 2023 BM KERTAS 1

 


BAHAGIAN A

TEMA: KEMALANGAN JALAN RAYA


BAHAGIAN B

1. AKTIVITI KOKURIKULUM

2. CARA MENGHARGAI JASA IBU BAPA

3. BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR

4. PENJAGAAN ALAM SEKITAR


Selasa, 23 Januari 2024

Isnin, 22 Januari 2024

LATIHAN KERTAS 2 BM SPM 2023/2024 SINTAKSIS : JENIS AYAT

 

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan nyatakan jenis ayat yang bergaris, sama ada Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Seruan aiau Ayat Perintah. Anda perlu menyalin ayat itu semula dan menyatakan jenisnya. 

 

Shida : Ara, apakah yang kamu fikirkan? Saya lihat  

dari tadi dahi kamu berkerut-kerut. 

 

Ara : Nah, cuba kamu baca berita ni! Geram betul  

saya. 

 

Shida : Kes penipuan cinta siber dalam talian. Saya pun  

ada terbaca juga semalam dalam akhbar. 

 

Ara : Semakin ramai kaum wanita yang  

terpedaya dan mengalami kerugian hampir 

puluhan ribu ringgit. Mereka tidak sedar ditipu kerana terleka dengan janji-janji 

manis si penipu. 

 

Shida : Benar sama sekali. Oleh itu, kita harus  

berhati-hati dan perlu siasat terlebih dahulu 

latar belakang seseorang yang baru dikenali. 

 

Ara : Usah mudah terpedaya dengan apa-apa yang  

dijanjikan oleh orang yang baru 

dikenali ini. 

 

Shida : Betul tu, Ara. Sekarang ini pun bermacam- 

macam lagi kes penipuan dalam talian 

yang timbul. 

 

[6 markah) 

KLIK JAWAPAN DI SINI

 

SUMBER: JPN TERENGGANU, MODUL PERKEMBANGAN PELAJARAN SPM 2023,KERTAS 2